50: Nota | Shaz Johar

Monday, 6 July 2015


Salam. Post hari in adalah post ala-ala review. Saya jarang buat review, jadi maafkanlah jika ada cacat cela. Anyway, the other day, my sister bought this book lepas dia tengok saya seronok je nak baca. Tenkiu, Siti. Disebabkan saya ni jenis pelupa, saya decide nak baca buku ni in one go. Tengahari camtu start, dalam lepas maghrib saya habis. Siap baca kat meja makan time bukak puasa. 

Selingan - perbualan saya dan adik saya, Shafiq, kat meja makan.
"Baca buku apa tu kaklong?"
"(tunjuk muka depan)"
"Buku nota? Oh buku nota. Tgh belajar ke?"
"Buku cerita la. Best kot."
"Time cuti pun nak baca buku nota? Hahahahahaha"
Setan. 
Anyway...

tolong ignore the fact yang saya tangkap gamba ni belakang tirai.
lighting situ je yg cantik.

1) Ni muka depan yang menarik mata saya kat kedai buku tu. Dia ala-ala macam helaian notebook sebagai muka depan. Kalau korang beli buku ni, takyah buang masa baca benda-benda kat cover dia. Sebab dalam buku tu dah ada tulis. Hahahaha (ni dikira sebagai spoiler ke? tak kan?). Pastu dia ada warna merah darah. Very intriguing. At first glance je dpt rasa ni mesti buku style thriller. My kind of book.

2) Sinopsis cerita:
"OK. Siapa dalam dunia ni yang percaya cakap orang gila?" - Rekha.

Dalam menghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga ke penghujung."
Further confirming that this book's genre is in fact thriller and sangat sangat menarik perhatian saya.

3) watak Ray dalam cerita tu seorang novelis dalam pencarian nak buat cerita yang boleh mindfuck pembaca dia. And honestly, buku Nota ni mmg fucked my mind. Suspen and misteri ada, plot twist ada. And the reveal untuk setiap watak and tak terlalu subtle sampai tak tahu apa cerita dia, and tak terlalu obvious sampai kantoi jalan cerita. Cuma saya dari awal dapat agak la sorang watak tu jahat because quite obvious (not telling which one okay). Just, jangan stop baca buku ni and nak sambung minggu depan ke ape. Nnt tak ingat.

4) Since kat Malaysia kita belajar sex ed time form 3, then this book to me is for budak-budak ages 15 and above. Although I'm 20 years old pun, I still go jakun "OMG sex scene" time baca. Kakakaka. Actually dah berapa banyak jugak buku fixi ni ada sex scene dalam dia. Tapi takdela in detail pun.

5) Ending dia hmmm. TAK PAHAM. Apa jadi dengan watak itu and watak ini. The last piece of nota yg perempuan tu bagi macam make sense AND tak make sense, all in the same time.  After researching a bit, I found out yang Shaz Johar ni punya buku suka berkait and ada watak dari satu buku buat cameo dalam buku lain. Maybe sebab tu tak paham sgt. Or maybe saya baca laju sgt sampai terlepas part penting? Saya tengah reconsider baca balik buku ni actually sebab I need to know more. And ada jugak komen kat Goodreads yang part akhir tu cam tak paham sangat. Mindfuck level 100. Kahkah.

6) Overall, very good book la. I, myself, am a big fan of books published by Fixi. If I were to make a list of my favourites, Nota by Shaz Johar would probably be number 3 after Gantung and Asrama. But I still need to figure out apa sebenarnya twist at the end of the story tu. Nonetheless, I am interested in buying lagi karya daripada Shaz Johar :-)

7) Kalau korang enjoy buku thriller / hantu yang di-publish oleh Fixi, this book is highly recommended.

And that is it for my 'book review'. 
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Currently saya tengah baca buku Déjà Dead by Kathy Reichs. I have that book and another 5 books by the same author to finish, thanks to Nano <3 Hopefully I can finish one book before I fly to Australia next week! InsyaAllah. 

For now, I bid good bye.

1 comment :

Anonymous said...

Thanks. Appreciate it. Shaz Johar.