Fanfic: Be My Lady by (17-year-old) Nazihah


[Part 1]
"Noona, tunggu lah saya!" jerit Zelo ,10 tahun, yang sedang tersemput-semput mengejar Nina, 11 tahun. Nina tergelak dan memanjat bukit. "Cepatlah Zelo!" balasnya. Zelo mengikut Nina dari belakang. Akhirnya mereka sampai di puncak bukit, tempat mereka berjumpa dan berkawan. Sudah 4 tahun mereka mengenali masing-masing dan menjadi sahabat baik sejak hari itu. Nina melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang menjadi 'port' mereka bermain.

"Noona.. penat..." Zelo menarik nafas dan menempatkan diri di sebelah Nina. Nina menggelakkan Zelo yang sudah pucat. Zelo mengumpul nafasnya dan memandang Nina yang sedang tunggu matahari terbenam.

"Noona, I want to ask you something," katanya.
"Apa dia, Zelo? Lapar ka?" balas Nina.
"Noona nak jadi girlfriend Zelo tak?"

Nina terkejut dengan soalan yang diajukan oleh Zelo. Zelo menunggu jawapan daripada Nina dengan perasaan yang gementar. Nina pun menjawab..

"Zelo, Zelo tahu kan Zelo lagi muda dari noona. Noona mana suka lelaki lagi muda. Tu pun kita kecik lagi!" Muka Nina merah menyala. Zelo menunduk dengan perasaan kecewa.

"Noona... mak Zelo kata mana ada penghalang untuk..."
"Dah dah! Rosak mood noona nak tengok matahari terbenam hari ni."
"Noona marah?"
"Ye la! Zelo ni suka sangat fikir mengarut. Noona suka lelaki yang matang je. Lagi tepat, lelaki sejati!"
"Hmm.. tu matahari dah terbenam."

Nina memandang ke arah yang ditunjuk oleh Zelo. Cantik sungguh, fikirnya sendiri. Dia terpesona sangat dengan matahari yang terbenam, sehinggakan dia lupa akan kehadiran Zelo di sebelahnya. Selepas dia sedar daripada lamunannya, kelihatan Zelo sudah menghilangkan diri. "Zelo! Hang pi mana?" jeritnya. Dia berfikir yang Zelo telah pulang ke rumah dan turun dari bukit sendirian.
Nina mengetuk pintu rumah Zelo dengan sekuat hati. Sudah 30 minit dia menunggu Zelo untuk menemannya ke sekolah. "Zelo! Woi! Tak bangun lagi ke?" jeritnya. Tiba-tiba dia disapa oleh jiran Zelo, Senah.

"Dik, cari tuan rumah ini ke?" tanyanya.
"Ye, makcik. Kenapa?" Nina membalas.
"Oh.. tuan rumah ni baru je pindah semalam. Mereka tak bagitau?"

Nina terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Makcik Senah. 

"Oh.. yeke makcik.. Erm, terima kasih." Nina meninggalkan Makcik Senah dan berjalan dengan longlai ke sekolah. Dia tidak percaya yang Zelo sudah meninggalkannya.

"Tak sempat nak ucap selamat tinggal...." Nina terduduk dan mula menangis.
"Jadi sebab tu lah aku trauma bila nak berkenalan dengan lelaki." kata Nina yang sudah berumur 16 tahun selepas menghabiskan ceritanya. Kawannya, Shasha, menepuk tangan perlahan-lahan dengan muka yang bingung. Kemudian dia bertanya, "Kau kata ceritanya pasal first love kau?" Nina menepuk kepala Shasha.

"Zelo tu first love aku lah. Bila dia dah pergi, baru aku sedar."
"Padan muka. Siapa suruh lepaskan peluang."
"Kau nak kena cepuk lagi ke?"

"Tak tak tak.... dah cepat habiskan makanan. Karang lambat nak masuk kelas Biology." Shasha menyumbatkan sushi yang dibekalkan dari rumah kedalam mulut. Nina pula menggigit protein bar yang dibeli di koperasi sekolah. Tiba-tiba, suara kecoh datang daripada pelajar perempuan yang duduk berdekatan dengan pintu masuk kantin.

"Handsome-nya!"
"Cool-nya!"
"Ah cair aku tengok dia!"

Nina menghabiskan protein bar dia dan bertanya kepada Shasha apa yang berlaku. Shasha mengangkat bahu dan bangun dari tempat duduknya. Kemudian dia bergerak ke kawasan yang kecoh dengan selamba. Nina mahu mengikut, tapi terasa malas pula. Beberapa minit kemudian, Shasha kembali dengan muka yang menyampah.

"Apasal?" tanya Nina.
"Ada budak lelaki baru pindah. Comel. But not my taste."
"Ceh, ber-taste lak kau! Macam dia nak kat kau je."

"Eh mana lah tahu kan. Haha. Jom, aku nak basuh garpu." Shasha mencapai beg kertas berisi bekas sushinya dan dia menuju ke sinki berdekatan. Nina mengikut dan mencuri pandang ke arah perempuan yang berkerumun macam semut jumpa gula. Apabila lelaki yang dikerumuni itu keluar daripada kumpulan perempuan tersebut, hati Nina tersentak. Lelaki itu sangat dikenalinya. Zelo! Tiba-tiba Zelo memandangnya dan mukanya terkejut juga.

"NINA?!" jeritnya. Nina berlari ke arah Shasha dan menarik tangan Shasha. Shasha terkejut lalu terjatuh garpunya. Tetapi dia mengikut sahaja kemana Nina pergi.

"Nina, apahal ni?!" tanyanya gelabah.
"Zelo lah! Zelo!!" jawab Nina.
"Kenapa dengan Zelo?!"
"Dia lah budak yang baru pindah tu!"

Shasha cepat-cepat memberhentikan langkahnya dan menarik Nina kembali sehingga Nina terjatuh. "Abestu apasal kau lari?!" tanya Shasha, berang.

"Aku tak sanggup nak jumpa dia..." Nina memeluk tubuh dan memandang ke lantai. Shasha memegang bahu Nina dan cuba menguatkan semangat Nina. "Nina, kisah tu dah lepas. Sekarang kau cuba lah berbaik balik dengan dia."

Nina memikirkan cadangan Shasha. "Kalau dia tak suka kat aku dah?"
"Tu semua kau kena dapat tahu sendiri lah Nina. Kau masih ada perasaan kat dia kan?" tanya Shasha. Nina tidak berkata apa-apa dan menganggukkan kepalanya. Shasha menarik nafas dan meninggalkan Nina.

"Kau nak pergi mana?" tanya Nina. Shasha senyum dan menunjuk ke arah koridor. Nina memandang tempat yang ditunjuk dan ternampak Zelo termengah-mengah selepas habis mengejar Nina. Nina memandang kembali ke arah Shasha tetapi Shasha sudah pergi. Zelo mendekati Nina. Nina tidak tahu nak buat apa.

"Nina noona... betul lah sangkaan Zelo.." Zelo menyandarkan diri ke dinding. Nina menunduk dan berdiri sebelah Zelo. "Asal awak datang balik sini?" tanya Nina.

"Mak dan ayah bagi pilihan pindah dan duduk sorang-sorang, untuk latih diri jadi berdikari. Jadi Zelo pilih untuk pindah sini balik. Tu pun, firasat Zelo mengatakan noona tak pindah lagi dari sini. Heheh." jelas Zelo sambil tersenyum.
"Aku takleh bagi dia tahu yang aku ada perasaan dekat dia! Aku kan lagi tua! Hmm." - dalam fikiran Nina.
"Nina nak nombor telefon." kata Zelo.
"Wae?" balas Nina.
"Apa-apa hal boleh Zelo mesej je dekat Nina."
"Panggil noona lah!"

"Mana boleh panggil my sarang macam tu heh heh." Zelo tergelak melihat muka Nina yang sudah mula merah. "Jangan nak mengarut. Ada pen tak?" Zelo mengeluarkan pen daripada poketnya dan memberinya kepada Nina. Nina mengambil tangan Zelo dan menuliskan nombornya.

"Nah."
"Yay! Nina baik Nina baik." Zelo memeluk Nina dengan manja.

"Oi oi oi." Nina menolak Zelo. Zelo menunduk dan berkata bahawa dia mahu masuk ke kelas. Separuh jalan, dia berhenti dan memandang Nina.

"Nina! I'm still waiting for your answer!" jeritnya dan menyambung perjalanannya. Nina tersenyum. Zelo kelihatan semakin matang berbanding kali terakhir mereka berjumpa. Dia pun meninggalkan koridor itu.
[Part 2]
Sewaktu habis sekolah, Nina melangkah keluar daripada kelas dan ternampak Zelo menunggunya dihadapan sekolah. Dia menutup mukanya dengan buku dan cuba melarikan diri tetapi Zelo mengenalnya walaupun dia menyorok. 

"Nina! Nina masih tinggal di rumah yang sama ke?" tanya Zelo dengan wajah yang ceria. Hati Nina cair dengan senyuman Zelo. "Ha'ah, wae?" balas Nina. Kelihatan beberapa pelajar perempuan, termasuk ratu sekolah, Jandi, berbisik sambil melihat perbualan Nina dengan Zelo. Tetapi Nina mengabaikan sahaja pandangan sinis mereka.

"Jom, Zelo teman Nina balik!" kata Zelo sambil memegang tangan Nina.
"Eh, tak payah lah Zelo."
"Ala nanti kalau Nina kena culik ke apa, Zelo jugak yang susah tau."
"Kenapa Zelo pulak yang susah?"
"Sebab nak cari Nina. Dah lah Nina pendek lagi susah nak cari," gurau Zelo.

"Yelah, yelah." Nina mengalah dengan kerenah Zelo. Sambil mereka berjalan, Nina melayan sahaja perangai Zelo yang masih terserlah kebudak-budakannya. Tetapi Zelo akan kembali berperangai matang apabila Nina dalam kesusahan. 

"Nina nak ais krim?" tanya Zelo yang mahu beri pesanan pada pakcik penjual ais krim. Nina mengangguk sahaja. Selepas beberapa minit Zelo kembali dengan ais krim coklat dan ais krim pudina. Dia memberi ais cream pudina itu kepada Nina. "Eh, Zelo tau-tau je noona nak ais krim apa?" tanya Nina sambil menjilat ais krim pudinanya. "Mestilah. Ingat Zelo tak prihatin ke dengan Nina?" Zelo memegang tangan Nina sambil mereka melintas jalan. Hati Nina berbunga-bunga.
Nina membaringkan diri diatas katil. Dia terus mengisytiharkan hari ini sebagai hari paling bahagia buatnya. Dia mandi dan memakai baju tidur. Rambut dikeringkan dengan pengering rambut kemudian diikat menjadi satu bun. Tetiba terdengar ringtone 'Beautiful Target' daripada telefonnya. Nama Shasha tertera di skrin telefon lalu dijawabnya segera.
(phone call)
Nina : Yobesayo, Shasha!
Shasha : Annyeong. So, tadi macam mana? Ok?
Nina : Ah Shasha, aku tak tahu lah nak cerita macam mana.
Shasha : Apasal? Gaduh?
Nina : Tak lah. Hari ini hari paling membahagiakan!
Shasha : Ho ho. Tahniah, my best friend. Aku ingatkan apa lah jadi tadi.
Nina : Gomawo, Shasha! Love you BFF!
Shasha : Okay dah dah. Aku pergi makan dulu. Annyeong!
Nina : Bon apetit! Heheh.
Talian dimatikan oleh Shasha. Kali ini, Nina menunggu Zelo pula untuk menelefonnya. Sambil menunggu, Nina membuka album lama dan melihat gambar-gambarnya bersama keluarga, Zelo dan juga Shasha. Tiba-tiba nada dering mesej berbunyi. Dia membuka mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya.
"Jagiya, keluar lah ke balkoni lepas itu tengok ke arah bukit yang selalu kita daki tu! Ada suprise!! - Zelo" 
Nina terus memakai jaketnya dan berlari ke balkoni. Dia memandang ke arah bukit yang disebut oleh Zelo. Dia tidak nampak apa-apa dalam kegelapan itu. Tetapi selepas awan beredar dan cahaya bulan menyinari bukit itu, dia ternampak bunga-bunga putih tersusun dengan cantik di atas bukit tersebut membentuk sebuah ayat, iaitu 'Nina, 사랑해(saranghae)!' Dan disebelah bunga-bunga tersebut Nina nampak Zelo sedang duduk bersila dengan sejambang bunga ros putih di tangan. Zelo memanggilnya dari jauh. 

"Ninaaa!! Datang sini kalau tak Zelo jerit biar satu dunia dengar!!"

Nina terkejut dan terus menyarungkan sepasang baju jeans dan kasut boot dia. Dia keluar dari rumah dan terus berlari ke bukit yang diduduki Zelo. "Ish, budak ni..." Zelo dari jauh menggelakkan Nina yang terburu-buru lari ke arahnya. Setelah Nina sampai di atas bukit, Zelo sudah berguling-guling menggelakkannya.

"Oi! Apasal gelak?" marah Nina.
"Kelakar lah.. tau pun penat, dah tercungap-cungap tu..."

Nina buat-buat tak dengar dan terus duduk sebelah Zelo. "Kenapa panggil noona sampai ke sini? Dah lah tengah malam." 

"Nak gantikan hari 'tu' lah."
"Hari apa?"
"Hari tuuuu hari Nina marah Zelo tu."
"Hari Zelo tinggalkan noona ke?"

Zelo terdiam dan mengangguk. Dia memandang muka Nina dan memberi jambangan bunga ros putih kepada Nina. Nina tidak mahu menerima kerana dia alergi pada bau wangi bunga ros, tapi bila dibaunya bunga itu, hidung dia tidak terasa gatal.  "Zelo tahu Nina ada alergi pada wangian, jadi Zelo cari sampai dapat bunga yang sesuai untuk Nina." Nina terharu dengan penjelasan Zelo.

"Zelo, noona ada banyak soalan nak tanya Zelo," kata Nina, tiba-tiba.
"Tanya je lah," jawab Zelo.
"Kenapa Zelo tiba-tiba pindah? Kenapa tak bagitau noona?"
"Zelo pindah sebab ayah ada urusan kerja. Zelo takut nak bagitau Nina, takut Nina sedih. Tapi Nina lagi marah pulak kat Zelo, kan?"
"Mana ada marah... Hmm, lagi satu. Sejak bila Zelo suka dekat noona?"

Zelo terdiam dan memikirkan jawapan untuk Nina. Kemudian dia menjawab...

"Sejak pertama kali Nina nak kawan dengan Zelo, Zelo dah suka kat Nina."
"Oh? Wae?"
"Sebab dulu, Zelo selalu lepak dekat bukit ni sorang-sorang. Tak ada siapa pun nak kawan dengan Zelo. Lepastu, Nina tiba-tiba muncul main masak-masak dekat sini. Nina baik sangat dengan Zelo. Zelo terus suka kat Nina dan simpan perasaan itu. Sampai Zelo nak pindah hari itu, Zelo fikir baik Zelo luahkan je perasaan Zelo kat Nina. Tapi... Nina marah Zelo pula."

Nina terasa bersalah dan sedih dengan penjelasan Zelo. Dia tidak patut memarahi Zelo pada hari itu. Dia juga yang tanggung derita patah hati selama 5 tahun. Zelo menyambung penjelasannya.

"Tetapi sekarang, Zelo dah bersedia untuk menunggu jawapan Nina. Nina dah bagi Zelo peluang kedua! Gomawo Nina..."

Nina tersenyum dan mengusutkan rambut Zelo yang kerinting macam anak kucing yang comel.

"Zelo ni... hihi."

Zelo tersenyum kecil.
Kata-kata penulis : Korang remember Jandi si ratu sekolah yang di-mention dekat atas tadi? Dia akan muncul di bahagian ini! Hoho.
Keesokan harinya...

Zelo sedang duduk di mejanya sambil termenung ke luar tingkap. Dia tidak sedar si ratu sekolah, Jandi, sedang mendekatinya. Jandi terus mencucuk pinggang Zelo sampai Zelo terloncat.

"Eh eh eh! Kau siapa?" tanya Zelo.
"Hai. Saya, Jandi. Saya pelajar kelas sebelah awak je. Saya nak tanya sesuatu boleh?" jawab Jandi.
"Oh. Boleh."
"Nina makwe awak ke? Korang nampak rapat je."
"Bakal okay. Lagi satu, panggil dia unnie. Kau kan lagi muda."
"Ah, ye ye. Lagi satu, awak dulu sekolah arts and acting kan? Nak.. ehem, join lakonan kami tak?"
"Tak nak."
"Ala please, awak tolong baca skrip ni je dan saya rakam. Saya nak bagi contoh kepada pelakon lain."

Jandi menghulurkan sebuah buku berisikan skrip yang dia mahu Zelo bacakan. Dia membuka mukasurat yang hendak dia rakam. "Please." kata Jandi sambil tersenyum manis.

"Whatever." Zelo mengambil buku skrip itu dan membacanya. Jandi merakam dengan senyuman sinis. Setelah Zelo habis membaca skrip itu, Jandi cepat-cepat mengambil buku skrip dan pergi tanpa mengucapkan terima kasih. Zelo menggelengkan sahaja kepalanya. "Teruk sangat ke aku baca? Ptuih."

Dari jauh, Jandi berkata "Ah, boleh lah aku teruskan rancangan aku. Terima kasih, Zelo! Heh heh..."
[Part 3]
Pada hari Sabtu, Nina dan Shasha keluar shopping bersama manakala Zelo berada di sekolah untuk latihan 'rapping' nya. Esok pula merupakan hari jadi Nina dan Zelo sudah menetapkan hari itu untuk mereka berdua sahaja. Shasha cemburu kerana Nina mempunya teman lelaki yang sangat baik tapi Nina kata mereka belum bersetuju untuk menjadi sebagai pasangan lagi.

"Eh wah eh wah, makin berseri lah muka kawan aku bila cakap pasal buah hati dia. Untunglah kau!" ejek Shasha melihat Nina tersenyum-senyum sendirian. Kemudia dia bertanya pada Shasha, "Sha, tak pelik ke aku jatuh cinta dekat lelaki yang lebih muda? Aku perlu pandangan kau ni."

Shasha memikirkan apa yang dikata oleh Nina dan tiba-tiba terkeluar pula kata-kata azimat daripada nya. "Nina, lelaki yang lebih tua tak semestinya matang. Cinta tu tak terhad. Apa yang penting adalah kita bahagia dengan orang yang dapat bahagiakan kita, selama-lamanya." Shasha bercakap sambil memandang ke langit. Nina membulatkan matanya dengan rasa terkejut. "Inikah Shasha yang aku kenal?!" jerit Nina.

"Hei, aku banyak majalah cinta dekat rumah okay. Jangan pandang rendah pada kehebatan Shasha!" kata Shasha sambil mencekak pinggangnya. Nina menggelakkan sahaja Shasha yang berperangai hyper-aktif itu. Tiba-tiba fon Nina berbunyi. Nama Zelo terpapar di skrin telefon. Dia melompat-lompat keriangan.

"Cepat lah angkat, kau ni! Excited sangat." Shasha membetulkan bajunya yang ditarik-tarik oleh Nina.

"Ok ok. Ehem. Yobesa..." Nina tak sempat menghabiskan ayatnya dan air mukanya tiba-tiba berubah. Air mata bergelinang di kelopak mata dan cepat-cepat dilapkan olehnya. Shasha terkejut dengan reaksi Nina. Selepas agak-agak 3 minit panggilan itu berlangsung, Nina mematikan talian dengan perlahan. Badan Shasha dipeluknya erat.

"Nina, kenapa ni? Zelo kata apa?" tanya Shasha. Nina menggelengkan kepalanya.

"Shasha... esok... aku cerita.... atau lusa.... atau bila yang aku rasa boleh teruskan hidup.... aku nak balik... aku sakit kepala...." kata Nina dengan perlahan. Air mata makin membasahi baju Shasha. Shasha kenal sangat dengan perangai Nina yang sensitif itu. Shasha mengusap kepala rakannya dan segera menghantar Nina dengan skooternya.

"Nina, kau rehat dulu okay. Bila kau dah bersedia, kau cerita dekat aku eh," kata Shasha. Nina mengangguk perlahan dan melambai ke arah Shasha. Dia masuk ke rumah dengan longlai dan naik ke biliknya. Dia membaringkan dirinya di atas katil dan teringat kata-kata Zelo dalam telefon yang terngiang-ngiang didalam kepalanya.
"Awak, saya dah tak sayang awak lagi. Saya dah ada orang lain! Saya pasti.. ada orang yang lebih baik untuk awak. Awak, tolong lupakan saya. Saya tidak mahu berjumpa awak lagi. Selamat tinggal."
Air mata Nina mengalir dengan deras. "Zelo! Sampai hati awak!" jerit Nina.

10 tahun yang lalu....

"Dulu, saya ada suka seseorang lelaki ni. Dia comel. Tetapi, dia jatuh hati dengan kakak angkat saya!" cerita Jandi kepada kawan baiknya Yenny. Yenny, yang mempunyai latar belakang tidak baik, mempengaruhi Jandi. "Jandi, kau kena balas dendam. Sampai hati kakak awak tu rampas orang yang awak suka!" kata Yenny. Jandi mengangguk-angguk tanda persetujuan. Dia takkan biarkan kakaknya merampas lelaki yang disukainya.

Di bukit tempat permainan Zelo dan Nina, Zelo sedang bermain seorang diri. Nina sakit perut dan tak dibenarkan keluar. Jandi memberanikan diri dan memperkenalkan dirinya, tetapi Zelo tidak membalas.

"Hai, nama saya Jandi."
"...."
"Nama awak siapa?"
"Zelo."
"Awak nak kawan dengan saya?"
"Tak nak."
"Kenapa pula?"

"Saya kawan Nina sahaja, bukan kawan awak," balas Zelo dingin. Jandi terkejut dan terus berlari dari situ. Dia tersadung dan tergolek sampai ke bawah, tetapi Zelo tidak menolongnya kerana tidak perasan. Jandi berdendam dengan mereka berdua.

"Aku takkan bagi korang bahagia! Uwuwuwuw...." nangis Jandi keseorangan. Dia tertidur di tempat yang di terjatuh tadi. Tetapi dia tidak sedar bahawa Nina mencari Jandi sehingga larut malam dan membawa Jandi pulang ke rumah.
Pada hari Ahad, bersamaan hari jadi Nina, Zelo menunggu Nina di kompleks beli-belah yang popular berdekatan dengan rumah mereka. Zelo membawa sejambang bunga orkid warna putih, purple, pink dan satu kotak kecil sebagai hadiah hari jadi. 1 jam berlalu.. 2 jam berlalu... Nina tidak hadir. Zelo semakin cemas. Dia cuba menelefon Nina tetapi telefon Nina tertutup pula. Zelo menunggu Nina sehingga malam, tapi Nina tak muncul-muncul juga. Bunga yang dibawa sudah layu, tangannya sudah basah kerana menggenggam kotak hadiah Nina dengan terlalu kuat.

"Mana Nina ni?" Zelo melihat jam nya. Nina lupakah temu janji mereka? Fikir Zelo sendirian. Zelo berlari ke rumah Nina. Dia ternampak Nina duduk termenung di balkoni. Dia memanggil Nina.

"Nina!! Nina lupa ke date kita hari ini?" jerit Zelo. Nina terkejut dan memandang Zelo. Mimik muka nya berubah dari sedih ke marah dan menghalau Zelo daripada kawasan perumahannya.

"Apa awak buat kat sini?! Awak kata awak dah lupakan saya kan?!!"
"Nina cakap apa ni? Mana ada Zelo cakap macam tu..."
"Tipu! Saya dengar dengan telinga saya sendiri Zelo cakap macam tu! Dah, pergi!!"

Zelo tidak sempat menjawab, Nina sudah berlari masuk ke biliknya. Muka Nina ditekup dengan bantal dan dia menangis sepuas hati. Zelo terduduk. "Sejak bila aku cakap kat Nina macam tu?" dia kata perlahan. Bunga yang dibawa dibuang ke tong sampah. Mungkin ini jawapan Nina untuknya. Mungkin Nina tidak boleh terima lelaki yang lebih muda. Hati Zelo terasa hiba. Zelo sudah putus asa. Air mata mengalir dari mata kiri tetapi dibiarkan sahaja. Zelo terlalu sedih untuk mementingkan egonya. Biarlah dia merasa peritnya ditolak ini, untuk kali pertama dan terakhir.
Nina datang ke sekolah dengan mata yang bengkak. Shasha cuba mengurangkan bengkak itu dengan menggunakan ais milik makcik kantin dan melapik dengan kain. Nina menceritakan apa yang jadi dan Shasha tidak percaya. "Tak mungkin Zelo cakap macam tu, Nina!" kata Shasha. Nina menggelengkan kepalanya dan berkata dia pun perlu melupakan Zelo. Sudah dua kali hatinya patah kerana lelaki yang sama. Dia sudah tidak terdaya lagi. 

Shasha bangun dari tempat duduknya dan membuang ais yang sudah kecil saiznya kerana cair. Dia menyuruh Nina makan sementara dia pergi siasat tentang Zelo. Nina cuba menghalang Shasha tetapi Shasha sudah pergi dulu. 

Shasha mencari Zelo didalam kelasnya, dimana tempat Zelo akan meluangkan masanya ketika waktu rehat. Bento yang disediakannya sendiri tidak disentuh, dibiarkan sahaja untuk kulat-kulat dan fungus menghinggap.

"Zelo! Explain to me why you dumped Nina?!" jerit Shasha. Zelo terloncat dari tempat duduknya dan terus berdiri menghadap Shasha yang sedang mencekak pinggangnya dengan garang. Zelo menghembuskan nafas kecewa.

"Mana ada saya buat camtu, kak. Nina je tiba-tiba tuduh saya cakap begitu," terang Zelo. Shasha terasa pelik dengan penjelasan Zelo.

"Hari Sabtu hari tu, Zelo ada buat panggilan dekat Nina, kan?"
"Eh, mana ada! Saya kasi fon saya dekat Jandi sebab Jandi nak telefon ibu dia."

Shasha tiba-tiba muncul satu idea. Shasha menceritakan apa yang didengar oleh Nina dalam telefon pada hari itu. Zelo terkejut.

"Eh, itu ayat yang saya baca dan dirakam oleh Jandi lah!"
"HAH! Ni mesti kerja adik angkat Nina si Jandi tu!! Dah lama diorang bergaduh.. tapi Jandi je yang selalu cari pasal!" kata Shasha.
"Entah, saya putus asa lah kak. Saya pujuk Nina pun dia buat tak endah je."
"Hei, Zelo yang Nina cerita kat akak bukan macam ni!"
"Maksud akak?" tanya Zelo, kebingungan.
"Zelo yang Nina cerita tak pernah putus asa. Sentiasa tunggu peluang daripada Nina dan setia pada perempuan yang dia sayang! Takkan sebab salah faham ini je, Zelo nak putus asa?!"

Zelo mengurut kepalanya. Lonceng sekolah berbunyi dan pelajar mula berpusu-pusu masuk ke kelas. Shasha memesan untuk Zelo berfikir baik-baik tentang pilihannya dan balik ke kelas. Zelo terduduk. Perasaannya bercampur aduk. Sedih, marah, kecewa, semua digabungkan. "Siut punya Jandi!" jerit hatinya.
Beberapa hari kemudian...

Nina merehatkan diri selepas seharian penat di sekolah. Sejujurnya, tiada apa pun yang dapat masuk kepalanya. Yang senang pun dia tidak ingat. Fikirannya kusut. Fonnya berbunyi tanda mesej masuk. Tertera mesej itu daripada Zelo. Sudah beberapa hari Zelo tidak menelefonnya dan tiba-tiba dia hantar mesej pula? Nina tidak mahu layan, tetapi hatinya tergerak mahu membacanya. Akhirnya dia mengalah dengan kata hati.
"Nina... jagiya... please come and see me in 10 minutes and the school hall. Zelo akan terangkan semuanya dekat Nina. Please, kalau Nina tak mahu datang untuk Zelo pun, Nina datang lah untuk kelegaan hati Nina sendiri dan kita berbincang dekat baik. Saranghae. - Zelo"
Nina mengambil masa untuk berfikir. Kemudian Shasha pula menghantar mesej kepada Nina.
"Nina! Zelo mesej aku suruh bawak kau pergi dewan sekolah. Cepat siap. I'll pick you up in 5. Ada surprise!! - Shasha BFF x"
"Surprise lagi? Haih diorang ni.... tak faham-faham lagi ke..." Nina menyiapkan dirinya dan menunggu di luar rumah. Dia pun tidak tahu kenapa dia mengikut sahaja mereka. Mungkin dia mengalah dengan kata hati lagi. Dia ternampak skooter pink Shasha dari jauh dan berjalan ke hadapan. Shasha terkejut atas kesanggupan Nina untuk berjumpa dengan Zelo.

"Ah, mungkin ini untuk kali terakhir. Hmm." Nina memakai helmet dan pergi ke dewan sekolah bersama Shasha.
Nina dan Shasha melangkah masuk ke dalam dewan sekolah. Disebabkan dewan itu agak terlindung, keadaan gelap dan Nina teraba-raba mencari suis lampu. Selepas puas mencari, Nina jumpa suis itu dan menekannya. Dia memusingkan badan ke arah tengah-tengah dewan  itu dan nampak berpuluh-puluh belon di dinding, siling, tingkap yang berwarna merah dan biru, warna kegemarannya. Shasha tidak kelihatan. Hatinya makin cemas bercampur gembira.

Lampu pentas terbuka. Terdapat satu kerusi merah di tengah-tengah pentas dan ditampal satu kertas padanya yang ditulis 'Reserved for Nina'. Nina naik ke atas pentas dan duduk di atas kerusi itu.

Zelo muncul di lantai dewan dengan memegang satu bunga ros merah di tangannya.

"Annyeong, Nina. Eh noona. Jangan marah tau Zelo panggil noona Nina." Zelo menunduk 90 darjah. Nina terasa bosan dengan perkara yang sama, rasanya seperti dipermainkan. Tetapi Zelo menjanjikan sebuah closure untuknya, jadi dia tunggu sahaja apa yang Zelo mahu ungkapkan padanya.

"Nina. Nina tahu kan err, Zelo tak pandai dalam bab berucap ni. Lagi-lagi depan perempuan... yang Zelo sayang sangat-sangat. Sebenarnya, semua ini salah faham je, Nina. Kak Sha! Cepat sini!"

Nina memandang ke arah pandangan Zelo dan nampak Shasha keluar bersama adik angkatnya, Jandi. Jandi bermuka masam sambil memegang perakam suara miliknya. Shasha merampas perakam itu dan diberinya kepada Zelo. Zelo memainkan semula rakaman suaranya yang didengar oleh Nina. 

"Apa? Jandi? Kenapa awak buat macam ni dekat akak?" tanya Nina.
"Akak dengan Zelo rosakkan hidup saya!" jawab Jandi dalam tangisan. Nina datang ke Jandi dan memeluknya rapat.

"Ini sebab crush yang Jandi ada dekat Zelo tu ke?"
"Macam mana akak tahu?!"
"Jandi pernah mengigau pasal dia malam Jandi pengsan dekat hutan dulu."

Jandi tunduk dengan perasaan malu.

"Jandi, akak nak Jandi tahu yang akak sayang sangat dekat Zelo. Zelo pun.... nampaknya berperasaan yang sama dekat akak. Jandi, akak sayang dekat Jandi juga. Jangan lah pasal benda ini je kita nak bergaduh? Ada banyak kumbang lagi diluar sana."

Jandi menangis teresak-esak. Dia membalas pelukan Nina.

"Jandi mintak maaf kak...."
"Yelah yelah. Akak maafkan."

Zelo tersenyum melihat dua adik-beradik itu akhirnya berdamai. Tiba-tiba seorang lelaki, rakan kelas Nina iaitu Jongup muncul di dalam dewan itu, secara tak diundang.

"Jandi-ah! Tadi oppa nampak macam Jandi kena culik ke sini!" kata Jongup, gelabah.
"Oppa? Oppa buat apa dekat sini?" tanya Jandi.
"Oppa risau sangat dekat Jandi. Kenapa nangis? Diorang ni buat apa dekat Jandi? Nak makan ais krim?"
"Oppa.... apa ni....."

Nina sedar kerisauan Jongup itu kerana sesuatu perasaan dalam dirinya.

"Psst, Jandi," bisik Nina.
"Ye, kak?" balas Jandi.
"Akak rasa, ni lah kumbang untuk Jandi. Hihi."

Jandi menumbuk bahu Nina dengan lembut dan memandang muka Jongup yang sudah separuh pucat. "Em, Jandi pergi dulu kak! Malam ini kita gosip tau!" Jandi berlari ke arah Jongup. Mereka berdua keluar dari dewan itu. Shasha pun keluar untuk meninggalkan Zelo dan Nina berdua.Dia mengenyitkan mata ke arah Nina, sebagai gantian 'Good luck'.

Nina memandang Zelo. Zelo memandang Nina. Zelo turun dari pentas dan menunduk lagi sekali.

"Zelo kenapa tak bagitau noona pasal Jandi tu?!" tengking Nina.
"EH! Nina yang tak mahu dengar penjelasan Zelo!" balas Zelo. Boleh pula mereka bertekak.
"Zelo ni! Noona pulak yang dipersalahkan!" 

Nina mahu menyambung memarahi Zelo tanpa sebab, tetapi dihalang bila Zelo tiba-tiba menciumnya di bibir. Zelo menarik mukanya dan berkata, "First of all, tak perlu lah panggil 'Noona'. Second of all, kalau Nina sambung bebelan Nina tu, Zelo cium sekali lagi."

Muka Nina merah semerah-merahnya.

"Apa ni! Ini pencabulan!" Nina cuba melarikan diri tetapi Zelo menahannya sampai mereka bergusti di atas lantai. Disebabkan Zelo lebih kuat daripada Nina, Zelo berjaya menahan Nina. Nina terduduk di atas peha Zelo. 

"Nina berat gila!!!" jerit Zelo sampai bergema satu dewan. Belon-belon yang dilekatkan sudah tertanggal dan terjatuh belon-belon itu atas mereka berdua.

"Macam cerita Bollywood je kita ni. Kalah habis cerita hindustan," gurau Nina. Zelo mengangkat Nina dan mendirikan Nina. 

"Ah! Nasib baik tak terlupa!" Zelo kata sambil mengeluarkan kotak hadiah kecil dan menghulurkannya kepada Nina. Nina memandang muka Zelo dan mengambil kotak itu. Ditanggalkan reben di atas kotak itu dan dibuka perlahan-lahan. Ada sebentuk cincin yang ditoreh ayat 'Nina + Zelo' di atasnya. Di bahagian dalam pula tertera, 'Forever'. Air mata Nina bergelinang. Zelo menciumnya sekali lagi.

"Oit! Menangis pun tak boleh!" kata Zelo. Nina mengesat air matanya.
"Apa pun tak boleh Zelo ni~"
"Hehehehehehehehehehehe."
"So, Zelo?"
"Ye, Nina?"
"Nak tahu apa jawapan saya ke tidak?" Nina mengangkat keningnya dan melepaskan diri dari pelukan Zelo.

"Kejar saya kalau nak tahu jawapannya!!" Nina berlari satu dewan. Zelo mengejarnya, separuh kepenatan. Tetapi Nina dikalahkan juga. Apa yang jadi lepas itu? Well..... mereka sentiasa berada untuk masing-masing, sampai ke akhir hayat.
Fin.

No comments :